Smart Investor Malaysia

Previous
Next

3 Kesilapan Rancangan Kewangan Peribadi Yang Anda Perlu Elak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Ramai yang semakin celik tentang betapa pentingnya ilmu perancangan kewangan. Izinkan kami kongsikan dengan anda mengenai 3 kesilapan rancangan kewangan peribadi yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut agar kita tidak terjerumus ke dalamnya.

1. Jahil

Ramai di kalangan kita yang tak tahu tentang pentingnya pelaburan dan kuasa faedah berganda (compounding interest). Dalam dunia kewangan, anda mungkin terpaksa membayar harga yang mahal kerana tidak menggunakan salah satu faktor terbesar iaitu – masa.

Masa adalah penting bagi pendapatan aktif atau pasif, sama ada melalui pekerjaan, perniagaan mahupun pelaburan.

Langkah pertama adalah dengan menerima keadaan semasa kewangan anda, tidak kira baik atau sebaliknya.

Selepas anda tahu di mana anda berada, dapatkan nasihat pakar, kenalpasti langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk bergerak ke objektif yang anda telah tentukan. Seperti berapa banyak perlu simpan setiap bulan, memantau duit keluar masuk, ke mana tempat nak labur berdasarkan toleransi risiko, dan banyak lagi.

Ini bagi membantu anda mengembangkan kekayaan demi mencapai kebebasan kewangan.

Baca: Bahaya Pinjaman Peribadi Yang Tak Ramai Orang Tahu

2. Berlengah-Lengah

Kesilapan rancangan kewangan peribadi yang seterusnya adalah kita suka menangguh sesuatu perkara. Dalam kes ini, anda rasakan bahawa menilai dan merancang kewangan peribadi adalah tak penting, maka boleh tangguh sehingga anda tak sibuk.

Dalam dunia pelaburan, sebarang penangguhan akan memerlukan anda menyimpan amaun yang lebih tinggi setiap bulan kerana tempoh pelaburan yang semakin singkat, berbanding dengan mereka yang mula lebih awal.

Kesan berlengah-lengah ini mungkin tidak dirasai hari ini, tetapi lagi 10 tahun atau 20 tahun anda pasti akan menyesal!

Begitu juga halnya dengan perancangan perlindungan Takaful. Sesetengah orang merasakan ianya tidak penting, sehinggalah diri ditimpa penyakit atau kemalangan – di mana pihak Takaful tidak lagi terima anda sebagai pelanggan.

Sedangkan Takaful kita perlu ambil ketika kita masih muda dan sihat, bayaran bulanan pun tidak begitu tinggi sekiranya kita mula awal.

Baca: Takaful: Di Antara Kemampuan Dan Keperluan, 6 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

3. Takut

Sesetengah orang mempunyai kepercayaan atau stereotaip yang salah atau tentang pelaburan, tentang perlindungan Takaful dan bermacam-macam lagi.

Sebagai contoh, ada yang merasakan pelaburan adalah tidak betul, perancangan kewangan peribadi tak penting, masih lama lagi nak bersara, dan Takaful hanya nak makan duit peserta saja.

Ini mungkin berlaku disebabkan kita dengar-dengar kata orang lain, sehingga menyebabkan kita sendiri terpedaya sehingga mempercayai dakyah mereka. Namun apabila kita ditimpa musibah, baru nak sedar kesilapan dan menyesal.

Baca: Simpanan RM1 Juta, Bagaimana Nak Capai?

Apa yang penting adalah anda tidak melakukan kesilapan rancangan kewangan peribadi ini, sebaliknya fokus terhadap berdisiplin dalam menyimpan, melabur secara konsisten setiap bulan, kembangkan wang dengan sihat demi mencapai sasaran kewangan jangka masa panjang.

Anda risau tak cukup duit nak bersara nanti? Atau risau turun naik pasaran di kala keadaan tidak menentu seperti hari ini?

Apa anda perlu faham adalah anda tidak boleh undur masa yang telah berlalu pergi. Oleh itu, lagi awal anda mulakan pelaburan, lagi besar nilainya di masa akan datang.

Di samping itu, jangan abaikan perlindungan Takaful. Kerana satu musibah boleh mengakibatkan keseluruhan simpanan anda hangus sekelip mata. Daripada kita menanggung beban kewangan seorang diri, kenapa tak berkongsi dengan lain-lain peserta Takaful?

Jangan Buat 3 Kesilapan Rancangan Kewangan Peribadi Ini

Sekarang anda dah tahu 3 kesilapan rancangan kewangan peribadi yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia, ayuh kita lakukan sesuatu hari ini juga.

Amatlah penting untuk anda membuat langkah-langkah kecil seawal yang mungkin. Mula dengan mengenal pasti diri sendiri dan di mana anda berada daripada segi kewangan, seterusnya berusaha untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dengan membaca buku-buku berkaitan kewangan dan pelaburan serta menghadiri seminar.

Bila dah ada ilmu di dada, barulah anda tahu apa yang perlu dilakukan. Tindakan seterusnya adalah dengan mula menyimpan secara tetapi setiap bulan, dan melabur secara konsisten tidak kira sama ada pasaran naik atau turun.

Baca: 7 Langkah Ke Arah Perancangan Kewangan Peribadi Yang Mantap

Mengenai Penulis

Goh Chee Yong adalah perancang kewangan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel di cygoh@imaxfinancial.com.my

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?