Smart Investor Malaysia

Previous
Next

3 Cara Nak Capai Bebas Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Dalam dunia serba digital hari ini, ramai yang nak capai bebas kewangan dengan melabur dan kembangkan duit mereka. Semakin ramai yang celik mengenai topik ini.

Tetapi adalah lebih baik sementara anda masih muda, masih bertenaga untuk bekerja keras, anda mula melabur. Ini ada 3 cara nak capai bebas kewangan.

1. Masa Dan Faedah Berganda (Compounding Interest)

Faedah berganda memerlukan dua perkara: masa dan pelaburan semula pendapatan.

  • Faedah berganda adalah ‘faedah di atas faedah’, di mana ianya akan berkembang dengan lebih cepat
  • Faedah boleh digandakan, tidak kira harian, bulanan atau pun tahunan
  • Apabila mengira faedah berganda, tempoh masa akan memainkan peranan yang sangat besar

Kita ambil contoh pelaburan dengan pulangan 6% sebulan, kita dapat lihat perbezaan ketara bagi jumlah akhir berdasarkan berapa lama tempoh yang diperlukan apabila mula melabur dengan RM10,000:RM10,000 is put to work:

Umur BermulaTempoh Faedah Berganda (Tahun)Jumlah Akhir Pada Umur 60
2040RM 102,857
3030RM 57,434
4020RM 32,071

Lagi lama anda biarkan duit tersebut bekerja untuk anda, lebih banyak kekayaan boleh dihasilkan di masa hadapan.

Ini lagi satu contoh bagaimana anda menyimpan setiap bulan pada umur yang berbeza, dengan andaian anda mahu mengumpul RM1 juta untuk persaraan.

How to Accumulate RM1 million by the age of 60

Seperti yang anda dapat lihat, lebih awal anda mula melabur, lebih mudah untuk capai sasaran kewangan dengan menggunakan kuasa faedah berganda. Maka lebih cepat anda boleh capai bebas kewangan.

Baca: 7 Langkah Ke Arah Perancangan Kewangan Peribadi Yang Mantap

2. Kebolehan Mengambil Risiko

Semua orang tahu istilah, “high risk high return”. Sekiranya anda nak pulangan yang tinggi, anda perlu sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi.

Demi nak capai bebas kewangan, anda boleh ambil risiko yang tinggi sekiranya anda masih muda. Seorang pelabur muda perlu fokus terhadap mengembangkan kekayaan dan sepatutnya melabur ke dalam instrumen yang boleh menjana keuntungan yang tinggi.

Ini kerana anda mempunyai masa yang panjang untuk belajar daripada kesilapan, lalu membolehkan anda mengambil risiko yang lebih tinggi. Sebagai contoh, katakan anda sekarang berusia 20-an, walaupun anda mengalami kerugian, anda masih mampu untuk bekerja lagi 30-40 tahun untuk memperolehi pendapatan.

Senang cerita, anda mesti boleh pulih daripada kerugian tersebut.

Berbanding dengan mereka yang sudah berumur 30-an, atau 40-an, malah 50-an. Anda yang berada di dalam golongan ini perlu lebih berhati-hati. Cukuplah sekadar pulangan yang OK, dan jangan ambil risiko yang terlalu tinggi demi mencapai potensi pulangan yang tinggi.

Baca: 3 Tips Kewangan Anak Muda Fresh Graduate

3. Belajar Dengan Melakukannya

Sebagai seorang pelabur muda, anda mempunyai fleksibiliti untuk belajar mengenai pelaburan dan juga belajar daripada kejayaan dan kegagalan.

Disebabkan pelaburan memerlukan ilmu yang tinggi, anak muda memiliki kelebihan kerana mempunyai masa yang panjang untuk mempelajari selok-belok pasaran dan belajar strategi yang berkesan.

Tapi sudah pastinya anda akan untung, dan juga anda akan rugi.

Yang penting anda jangan berputus asa, dan teruskan melabur. Berkat daripada kesabaran dan pengalaman, anda pasti berjaya.

Baca: 4 Kesilapan Pelabur Saham Yang Biasa Dilakukan

Masa Adalah Kawan Baik Anda

Seperti yang dimaklumkan pada awal tadi, anda masih mempunyai masa yang boleh digunakan sebagai satu kelebihan besar. Buatlah rancangan jangka masa pendek, seperti hendak berkahwin atau membeli rumah, atau jangka masa panjang seperti persaraan dan tabung pendidikan anak-anak.

Hari ini semua maklumat boleh diperolehi di hujung jari saja. Sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memantapkan ilmu pelaburan dan rebut peluang masa yang masih panjang.

Masa tidak boleh dibeli. Setiap hari anda melengah-lengahkannya, anda akan terlepas kuasa faedah berganda dan kebolehan untuk mengambil risiko yang lebih tinggi.

Oleh itu, mulalah hari ini juga. semoga anda berjaya capai bebas kewangan yang anda impikan.

Baca: Simpanan RM1 Juta, Bagaimana Nak Capai?

Mengenai Penulis

Nicholas Wong adalah seorang perancang kewangan berlesen yang khusus dalam menasihati golongan profesional dan milenial bagi mencapai bebas kewangan. Beliau boleh dihubungi di nicholas.wong@ipp.com.my

Join our Telegram to get the latest from Smart Investor
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Recent Posts

Related Posts

Smart Investor Newsletter

Get Our Latest Articles And More Delivered To Your Inbox!

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?